BERITA TERKINI
2nd JUly 2021
“Goodbye Juventus” - Cristiano Ronaldo
Dunia bola sepak global dikejutkan dengan berita yang mengatakan bahawa bekas pemain termahal dunia dan nadi utama Juventus, Cristiano Ronaldo tidak berminat untuk terus kekal di Itali.
"Saya akan tinggalkan Itali, itu keputusan saya. Saya tidak akan mengubah pendirian itu"- Cristiano Ronaldo.
Kenyataan yang penuh kontroversi itu mengundang tanda tanya ke manakah destinasi beliau setelah berita ini menjadi tular di media sosial. Ini kerana seperti yang diberitakan, harga Ronaldo mencecah ratusan juta pound sterling dan gaji sebanyak 400k seminggu. Ketika ditanya, ini reaksi beliau:
"Berdasarkan prestasi semasa saya, saya masih mampu untuk beraksi di peringkat tertinggi dalam dunia bola sepak untuk sekurang-kurangnya 3-4 musim lagi. Ke mana destinasi saya selepas ini, saya akan tentukan dalam masa terdekat."
Apabila ditanya kelab manakah yang mungkin menjadi pilihan beliau, jawapannya agak mengejutkan.
"Tidak mungkin saya akan kembali ke Manchester United mahupun Real Madrid... Saya inginkan sebuah pasukan yang sekurang-kurangnya setanding atau menghampiri pencapaian kelab saya sekarang (Juventus)."
"Saya sudah mengecapi segala kejuaraan di peringkat domestik dan antarabangsa bersama Manchester United dan Real Madrid tapi saya belum mendapat satu piala yang saya idamkan sejak saya mula bermain untuk Sporting Lisbon lagi. Itu impian saya."
Ketika ditanya wartawan apakah kejuaraan yang diinginkan, beliau seolah2 memberi gambaran kelab mana yang akan dipilih oleh beliau.
“Saya ingin sekali menyertai kelab Perak FC skuad Boss Gourus. Antara sebab utama saya ingin menyertai pasukan Perak ialah kerana pasukan mereka mempunyai semangat kerjasama yang hebat...saya ingin menaikkan Perak FC ke AFC Champions League dan seterusnya membantu memenangi Piala tersebut..
Perak juga mempunyai rekod dalam Liga Super yg pasukan lain tidak mampu lakukan dan yang paling saya suka adalah doyan Perak aje sedap kome weihhhh... Poyak pulak harum & sedap2... Meleleh Ayo Lior teman bile Google pasey Perak 😊
-Cristiano Ronaldo-
#malayjokes, #CristianoRonaldo
No comments:
Post a Comment